Terma & Syarat Dropshipper

Setiap “dropshipper” yang memohon harus baca dan fahami isi kandungan perjanjian Dropship ini dengan teliti. Mengisi dan menghantar borang pendaftaran ini secara tidak langsung bermakna anda telah pun bersetuju dengan segala peraturan dan ketetapan oleh pihak pengurusan dan anda sebagai dropshipper.

Pihak Pengurusan & Dropshipper

1. Pihak Pengurusan adalah syarikat bumiputra yang sah dan berdaftar dengan nama OMG CREATIVE SDN.BHD dengan nombor pendaftaran 1012388W dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan tertakluk dibawah AKTA SYARIKAT 1965.

2. Pihak Dropshipper adalah individu atau mana-mana institusi yang akan mewakili pihak pengurusan dalam memasarkan produk-produk berjenama yang dimiliki atau yang diberi hak pengurusan oleh pemilik jenama kepada pihak pengurusan.

3. Setiap permohonan baru sebagai dropshipper akan dikenakan yuran pendaftaran seumur hidup sejumlah RM50 sahaja kepada pihak pengurusan ATAU pernah memiliki rekod pembelian terdahulu produk-produk berjenama yang disebut oleh pihak pengurusan.

4. Sebarang butir maklumat peribadi yang diberikan haruslah benar dan tepat. Sebarang maklumat yang meragukan, pihak pengurusan berhak untuk melucutkan permohonan serta-merta dan segala kos pendaftaran tidak akan dipulangkan.

5. Bayaran kos pendaftaran perlu dibuat ke pihak pengurusan melalui akaun bank yang dinyatakan dibawah:

Bank : Maybank
Bank Name: OMG Creative Sdn Bhd
Account No.: 5123 4363 3910

Jualan Produk

1. Pihak dropshipper yang berdaftar diberikan keizinan untuk mewakili pihak pengurusan dalam menjual dan memasarkan produk dan jenama dibawah ini dengan komisyen jualan untuk setiap transaksi jualan pada kadar yang telah ditetapkan.

SARC Menswear - https://sarc.my
WERDA - https://werda.my

2. Setiap dropshipper layak mendapat komisyen 15% dari harga jualan semasa di atas setiap transaksi jualan yang dilakukan.

3. Tempahan dan pesanan produk pelanggan yang diterima oleh dropshipper hendaklah di buat oleh dropshipper dan melalui dropshipper terus ke laman web rasmi yang disebut oleh pihak pengurusan.

4. Pesanan dan tempahan oleh dropshipper perlu dilakukan melalui mana-mana laman web rasmi yang disebut oleh pihak pengurusan sahaja.

5. Semua pesanan dan tempahan yang dibuat oleh dropshipper hanya akan diproses setelah pihak pengurusan berjaya mengesahkan  pembayaran yang telah dibuat oleh dropshipper.

6. Pembayaran bagi tempahan boleh dibuat secara atas talian terus dari laman web rasmi (online transfer dengan credit card atau online banking (FPX) atau juga boleh dibuat secara manual beserta bukti pembayaran ke akaun bank yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan di:

Bank : Maybank
Bank Name: OMG Creative Sdn Bhd
Account No.: 5123 4363 3910

7. Semua tempahan yang memilih untuk bayaran secara manual transaksi perlu dijelaskan dalam masa 3 hari selepas tempahan dibuat.

8. Bukti pembayaran bagi manual deposit boleh dihantar melalui laman web rasmi (contact us) atau boleh dihantar melalui email ke:

[email protected]
[email protected]

atau whatsapp di +60 016-337-1801 (admin) 

9. Maklumat tempahan pelanggan yang telah dimasukkan ke dalam laman web seperti alamat penghantaran dan penerima diisi oleh dropshipper sebelum mengesahkan tempahan pelanggan. Oleh itu, maklumat yang telah diterima dianggap sah dan telah dipastikan tepat oleh dropshipper.

10. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos kerugian yang berlaku diakibatkan oleh kecuaian dropshipper sekiranya berlaku kesilapan penghantaran yang dikirim oleh pihak pengurusan. 

11. Sekiranya pelanggan membatalkan tempahan, dropshipper perlu membatalkannya di laman web dan memaklumkan pada pihak pengurusan untuk pengesahan.

Bahan Pemasaran

1. Pihak pengurusan akan menyediakan semua foto & video sebagai bahan pemasaran dropshipper.

2. Dropshipper dibenarkan untuk menggunakan foto & video yang disediakan oleh pihak pengurusan.

3. Foto & video hanya boleh digunakan oleh droshipper yang dilantik sahaja dan tidak dibenarkan untuk digunakan oleh pihak lain.

5. Watermark atau sebarang caption di foto atau video yang diedarkan oleh pihak pengurusan tidak boleh dipadam atau ditutup tanpa sebarang sebab atau kebenaran.

6. Pihak pengurusan akan membimbing dropshipper berkaitan dengan pemasaran dan jualan dari masa ke semasa.

Pemasaran & Pengawalan Harga Pasaran

1. Dropshipper dibolehkan memasarkan barang jualan di mana-mana pusat jualan fizikan atau pun laman web atau sebarang media sosial yang dimiliki oleh dropshipper.

2. Setiap produk yang dipasarkan haruslah mengikut kadar harga lantai semasa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

3. Dropshipper diberikan kebebasan berunding dengan pelanggan disepanjang proses jual beli antara dropshipper dan pelanggan.

4. Pihak pengurusan berhak untuk memantau penjualan atau pemasaran yang dibuat oleh dropshipper dari masa ke semasa. 

5. Sekiranya pihak pengurusan menerima sebarang laporan tentang berkaitan perubahan harga pasaran produk, siasatan akan dibuat dan tindakan akan diberikan serta-merta adalah muktamad.

6. Sekiranya perkara ini didapati berlaku, pihak pengurusan berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status dropship berdasarkan laporan yang dikeluarkan.

7. Sebarang promosi yang ingin diiklankan oleh pihak dropshipper haruslah mendapat keizinan awal dan pemakluman oleh pihak pengurusan.

Disiplin & Salah Laku

1. Dropshipper tidak dibenarkan untuk spam di mana-mana ruangan di Instagram, Facebook, Whatsapp atau sebarang media sosial orang lain untuk menjual barang kecuali di media sosial sendri.

2. Sekiranya perkara di atas ini didapati berlaku, pihak pengurusan berhak mengambil tindakan tegas serta melucutkan status dropship serta-merta.

Persetujuan

Saya faham & bersetuju dengan syarat & peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan sebagai dropshipper.

Dropshiper Registration Form


   

   

Personal Profile


   

   

Personal Information


   by submitting this form you agree to our term & condition as a dropshipper

Product added to wishlist