TIP PARENTING: MENDIDIK ANAK HIDUP BERMASYARAKAT CARA ISLAM

Sedikit perkongsian ringkas untuk ibu bapa atau bos-bos syarikat dalam menguruskan organisasi mahupun keluarga. Tidak ramai yang menyedari bahawa sekecil-kecil ‘negara’ berlaku dalam sebuah keluarga.

Ramai yang memandang rendah akan konsep hidup bermasyarakat. Budaya hidup bermasyarakat di zaman moden dewasa ini jelas skali telah menimbulkan pelbagai gejala sosial yang tidak terkawal. Manusia sememangnya dicipta untk hidup bermasyarakat dan saling kenal-mengenal.

Di Rumah Pegasih Warga Prihatin, budaya hidup bermasyarakat didedahkan pada anak kecil lagi. Seperti gambar ini, anak-anak sedang syuro (duduk berdipan) selepas mengerjakan solat maghrib. Dimana syuro itu akan menjadi wadah untuk mereka belajar hidup bermasyarakat. Antara ringkasannya, melalui syuro ini mereka akan terdidik untuk:
– belajar untuk melontarkan pendapat/buah fikiran untuk didengari dan ditambah kefahamannya.
– belajar untuk menerima dan memproses pendapat sahabat.
– menegur dan ditegur antara satu sama lain
– secara tak langsung juga mendidik adab dalam bersuara dan menerima teguran.

Melalui budaya ini, ia menjadi laluan utama dan berkesan untuk kami memantau perkembangan setiap anak-anak jagaan kami dan dalam masa yang sama mampu mengurangkan masalah anak-anak yang susah diatur atau tidak mendengar kata. Dalam masa yang sama juga mampu mematangkan mereka melalui proses input & output didalam syuro dan mengeratkan persahabatan mereka dengan mengurangkan dan menyelesaikan perselisihan.

Comments

comments