BAJET PUASA 2018 MALAYSIA

Abang ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pimpinan Yang Amat Berhormat berkenaan pembentangan Bajet 2018 Malaysia. Sekilas pandang bajet tersebut amat ‘pemurah’ bagi kita sekalian rakyat untuk diterima.

Setelah kami bincang-bincangkan, pada pendapat kami, bajet perbelanjaan negara 2018 amat menakutkan. Terlalu banyak insentif-insentif yang tidak perlu dikemukakan dalam bajet 2018. Bagi kami yang kurang pengetahuan ini, lebih baik semua itu dijimatkan dan dimanfaatkan untuk pembangunan rakyat. Kami tidak perlukan gula-gula. Manisnya cuma sekejap hanya dimulut. Habis dikemam masih berlapar juga.

Alangkah baiknya jika dana tersebut kita puasakan. Cukai-cukai dikurangkan. Kemudahan dipertingkatkan. Korupsi dihentikan. Hutang-hutang negara diselesaikan. Sebaiknya kita ambil pelajaran dari sejarah bagaimana sebuah empayar kerajaan besar yang akhirya jatuh dan tergadai kerana hutang. Bukan itu saja, banyak lagi negara-negara lain yang juga senasib akibat hutang.

Banyak sudut kebaikan yang boleh kita ambil demokrasi sebenar di sisi Islam. Bukannya sekadar pengembala yang memujuk lembu untuk dicucuk hidung. Bila dah dicucuk, sampai kurus lembu dikerjakan. Diberi rumput, diberi makan tetapi kena cukai. Orang-orang Romania masih sangat tidak setuju dengan demokrasi kerana demokrasi menjadi punca ramai belia yang terbunuh di Bucharest. Malaysia juga hampir sama.

Abang bukan nak bersikap radikal, abang cintakan tanahair. Kami sematkan kecintaan kami ke atas t-shirt design kami iaitu “Daulat”.

www.sarc.my

#amanMalaysia
#cukurlahMalaysia
#cukurlahMalaysiaaman

Comments

comments