BAGAIMANA KAMERA TERBAKAR KERANA CAHAYA MATAHARI

Fenomena gerhana matahari sememangnya fenomena yang rare dan jarang-jarang berlaku. Sebagai peminat fotografi, pasti saat-saat ini tidak mahu kita lepaskan begitu sahaja. Lalu dengan selamba kita mengarahkan kamera di tangan kearah matahari yang sedang terik memancar tanpa kita sedar sesuatu yang buruk akan terjadi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAGAIMANA BOLEH TERBAKAR?

Lensa kamera terdiri dari beberapa lapisan lensa yang berfungsi untuk menumpukan cahaya yang datang ke satu titik fokus diatas permukaan sensor kamera. Begitulah juga bagaimana imej terhasil dari lensa ke kamera. Malangnya cahaya matahari yang masuk terus ke dalam lensa kita itu datang bersama radiasi dan suhu dari matahari. Akibatnya, bila suhu dan radiasi itu difokuskan ke satu titik, ia boleh mengakibatkan kerosakan pada sensor kamera kita malah mungkin boleh mengakibatkan kamera kita terbakar.

slr2

Adakah DSLR atau MIRRORLESS kamera professional yang lain juga berisiko?

Betul, kamera-kamera professional direka untuk ketahanan dan kualiti yang terbaik. Namun ini tidak bermakna kamera anda kalis api. Bahkan, mirrorless lebih berisiko kerana kamera Mirrorless kebanyakannya direka dengan sensor yang sentiasa terdedah sehingga berisiko tinggi untuk ditalakan kearah matahari secara langsung.

Bagi kamera DSLR pula, sensor mereka terlindung disebalik ‘mirror’ dan ‘shutter’ di dalam kamera seperti gambar di atas. Apabila anda membidik ketika mengambil gambar, imej dipantulkan terus dari lensa ke eyepiece anda. Dengan ini, sensor kamera anda hanya akan terdedah apabila butang shutter dibuka sahaja. Semakin perlahan shutter speed,  semakin lama ia terdedah pada bahang matahari dan terbakar.

 

Sekian,


Comments

comments