Asas Suntingan Lightroom

Memandangkan ada yang bertanyakan bagaimana SARC editing video, software apa yang digunakan dan sebagainya. Rasanya tidak salah untuk kami kongsikan semua ilmu dan pengalaman yang sikit ini. Semoga ianya berkat dan berkembang untuk manfaat pembangunan generasi belia kita juga.

Sebelum pergi dengan lebih jauh, kita mulakan dengan nama-nama yang penting yang menjadi tool utama dalam suntingan foto. Ribuan tool dan fungsi2 lain di dalam perisian ini jarang kita sentuh berdasarkan keperluan.

 

1. EXPOSURE

Fungsinya adalah untuk mencerah dan menggelapkan foto, namun exposure ini akan mengubah keseluruhan struktur cahaya foto. Berhati-hati jika foto yang gelap diterangkan terlalu banyak boleh menyebabkan noise yang tinggi ataupun foto yang overexpose.

 

2. TEMPERATURE

Untuk temperature, korang boleh guna untuk sesuaikan mengikut mode yang anda suka. Samada mode cool ataupun warm. Ikut minat yang masing-masing. Kalau abang, abang memang sukakan mode yang warm untuk foto abang kelihatan lebih energetik dan sporty. Sebab produk-produk SARC memang ada yang sporty.

 

3.CLARITY

Untuk versi terbaru Lightroom seperti Lightroom 5, fungis Clarity sangat berguna untuk meningkatkan kontras sehingga tekstur, detail pada foto terlihat lebih jelas dan menonjol. Gambar anda akan lebih kelihatan hidup dan dinamik. Terutama kalau gambar-gambar sukan yang lasak dan untuk kelihatan maskulin.

 

4. SATURATION

Saturation berfungsi untuk mengubah “kepekatan” warna sesuatu foto, samda nak lebih pekat atau kurang pekat bergantung kepada minat masing-masing. Bagi yang minat dengan tona klasik, kebiasaannya kita kurangkan nilai saturation nya.

 

5. PRESET


Ini adalah jalan paling mudah untuk anda jika inginkan fast editing atau bahasa mudah malas nak buang masa. Gunakan sahaja “Preset”, secara automatik preset ini akan mengubah exposure, warna, saturation dan beberapa fungsi lain di lightroom untuk mendapatkan foto yang di ingini hanya dengan 1 klik sahaja. Anda boleh dapatkannya secara free di internet. Hanya perlu google sahaja. Samada free ataupun yang purchase. Selepas menggunakan preset, boleh ubah dan sesuaikan semula Exposure pada gambar.

Malah anda juga boleh membuat “preset” anda sendiri dan boleh digunakan untuk foto lain, oleh orang lain, dan lebih MENARIK boleh dijual pada orang lain.

Sebarang perkongsian, tambahan, ataupun pembetulan boleh berikan komen. Boleh juga kongsikan apa perkongsian yang kalian perlukan dalam suntingan foto, dan sebagainya.

 

DAPATKAN SARC DAULAT SEKARANG

STOK ADALAH TERHAD.

BELI SEKARANG ONLINE

Comments

comments