Misi Kemanusian 2 Kelantan 2015 bersama RPWP

 

AWAL tahun 2015 tentunya menjadi kenangan hitam kebanyakan saudara kita di pantai timur. Banjir besar yang melanda pantai timur Malaysia ketika telah memusnahkan banyak harta benda malah meragut nyawa. Banyak kawasan-kawasan pedalaman seperti di Dabong antaranya yang terputus bekalan. Beribu satu pengalaman yang kami perolehi dikala kami bersama RPWP ( Rumah Pengasih Warga Prihatin ) dalam misi bantuan pasca banjir di Kuala Krai, Temangan dan Manik Urai. Pelbagai cakap-cakap yang kami dengar sebelum ini di facebook dan mana-mana saluran yang pernah kami perolehi kebanyakannya banyak yang sudah ditambah gula dan garam di dalamnya.

Walaubagaimanapun, segala yang berlaku itu adalah hasil dari kerja-buat tangan-tangan manusia itu sendiri. Pelbagai kerosakan telah kita buat hingga cukup kadarnya untuk Allah turunkan bencana keatas kita. bukan saja bencana alam, termasuk juga ekonomi, rumah tangga, mahupun kerjaya. Selagimana kita hidup terus berpandukan Alquran dan AsSunnah, insyallah kita tidakkan akan sesat selama-lamanya. Itulah amanat junjungan besar Nabi Muhammad saw yang wajib kita pegang selagi kita hidup di muka bumi ini.

Comments

comments